Thursday, October 7, 2010

37 (09/10) Trip Episod 04 A New Hope In MRT

Lepas abis je kitorang lepak kat Marina Barrage, destinasi kitorang adalah nak pegi ke Arab street. Tapi masa perjalanan ke sana, kitorang sesat. Dalam waktu sesat tu banyak menda yang best berlaku.....

Long-long time ago....
In KTHO far far away....




Page 01





Page 02



Page 03



Page 04



Page 05



Page 06



Page 07



Page 08



End

Wednesday, October 6, 2010

37 (09/10) Trip Episod 03 Marina You're So Beautiful

Sebelum memulakan, citer episod 3 ni... Aku nak review dulu tempat yang kitorang melawat kat Singapura ni. Bile sampai je kat singapura, mula-mula skali kitorang start gerak perjalanan di stesen kranji. Lepas tu untuk kitorg dapatkan foreign ticket yg harganye 20 dollar. Kitorang terpaksa bergerak ke stesen Ang mo kio. Foreign ticket ni bley gune banyak kali tapi valid sampi kul 9 mlm je. Klu lebih dari tu, duit x ley redeem. Aku dah x ingat brape dollar bley redeem, tp x silap aku dalam lingkungan 8 hingga 10 dollar kot (klu aku silap tlg btulkan eyh). Ni ada skit map (yg aku cilok dari google) gambaran perjalanan kitorang... Pergerakan kitorang masa episod 1 dulu...





Haaa ni plak mase episod 2 Dari ang mo kio, kitorang gerak ke raffles state. Segala citer korang bace la dalam episod 02. Pada mulanya en Mocha cadangkan kitorang nek bas, tp selepas kitorang wat survey ngan orang singapore.. Diorang suggest nek MRT hahaha...

Ni plak untuk episod 03.Ok destinasi kitorang pasni plak nak ke marina barrage. Tapi lepas turun MRT, kitorang kena nek bas... nanti korang bace je la citer ni eyh...



Long long time ago....
In KTHO far far away...



Page 01



Page 02




Page 03



Page 04



Page 05



Page 06



Page 07



End

Tuesday, October 5, 2010

37 (09/10) Trip Episode 02 The Attack of shocks

Ini adalah sambungan dari episod aritu....

Long long time ago.....
In a KTHO far far away.....



Page 01




Page 02





Page 03



Page 04




Page 05



Page 06



Page 07



Page 08



End....




Monday, October 4, 2010

37 (09/10) Trip Episode 01 The Singapore Menace

Arini memang bosan giler kat umah. Aku tak taw nak wat ape. So aku pun godek godek la balik gambar-gambar dulu. Skali terjumpe gambar mase pi singapore dulu. Aku pun tergerak hati nak citer kat korang pengalaman kitorang pi singapore.

Tapi citer ni aku wat dalam bentuk komik la. Segala dialog ni bkn betul pun aku reka je huhu...

So aku start ngan episode 01

Long long time ago in KTHO L37 far far away.......


Page 02


Page03


Page04

Page 05



Papepun sampai sini je dulu untuk episode 01. Nak tengok episod 02, haaa korang kena tunggu la eyh.....


(hehehe thanks to mcna sebab ajar aku wat mende ni =D )

Teori Relativiti Masa



Fuhhh bila aku duk sibuk selak-selak balik buku aku zaman universiti dulu, rasenye cam banyak mende yang dah aku lupa. Mane taknye dah berkurun kot otak aku ni dah x pakai untuk mikir mende-mende fizik ni. Bukti-bukti segala mak nenek teori pun aku dah banyak lupe adeyh.

Arini aku terdetik nak kongsi skit ngan korang tentang teori relativiti masa yang aku belajar dalam subjek fizik moden. Teori relativiti ni sebenarnye telah dibuktikan oleh Albert Einstein. Korang mesti kenalkan sape Albert Einstein tu kan, ala saintis yang rambut smart sgt2 tu.Dalam teori ni Einstein telah membuktikkan bahawa masa adalah bebas daripada jisim dan isipadu. Kira nye bak kata Einstein

"Bila lelaki duduk dengan satu gadis yang cantik selama satu jam bagai satu minit, tetapi bila duduk kat atas dapur yang panas selama satu minit bagai satu jam. Itu adalah relaviti."

Relativiti ni adalah hubungan antara ruang dan juga masa. Kalu diikutkan dalam sejarah xde sorang pun manusia yang dapat membuktikkan teori relativiti ni secara nyata. Tetapi dalam Al-Quran telah membuktikkan beberapa maklumat tentang teori relativiti masa.

"Dan sesungguhnya satu hari disisi tuhan engkau adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu" (Surah Al-Hajj ayat 47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepadanya pada sehari yang panjangnya seribu tahun disisi kamu." (Surah As-Sajdah ayat 5)

Dalam sesetengah ayat ni manusia akan rasa keadaan sesuatu masa tu pada keadaan yang berbeza. Contohnya kadang-kadang rasa masa cam lambat sangat, kadang-kadang rasa cam laju sangat. Begitu juga pada keadaan di hari pengadilan kelak.


(haha time belajar dulu xpenah plak aku perasan nak relate dengan mende-mende yang berlaku dengan keadaan sekitar)

Saturday, October 2, 2010

Supergirl



Entry kali ni aku nak citer pasal sorang perempuan. Tapi perempuan ni power mower. Aku respect sangat kat dier dan rase terharu pun ade gak sebenarnye. Dier ni kan jenis budak yang busy sesangat, popular, lasak, suke potpetpotpet, bijak, pandai, reti men alat muzik dan best. Kali ni aku nak cite tentang satu mende yang dier wat aku rasa terharu sangat(rase sebak pun ada) hahaha....

Masa aku konvo dier men alat muzik dengan semangat skali. Dari bawah aku bley nampak dier men muzik, klu x silap aku dier men trombon. Aku memang respect dengan gadis ni ngan team orkestra dier. Kalu muzik korang takde dalam dewan tu memang kitorang ni semua bosan tahap dewa la. Nasib baik ada muzik korang, bley gak kitorg layan .




Bile time orang baca sajak, tetiba nampak la si gadis ni keluar. Aku bajet dier nak pi tandas atau amik angin kat luar la. Tapi rupe-rupenye..... mmmm xpe nanti aku citer bile nak abis eyh. Ok sambung balik, mase abis je konvo, macam biasa la aku tangkap gambar-gambar dulu. Pastu bile aku kuar dewan semua pegi kat parents masing-masing. Aku time tu dapat call je la parents aku. Lepas aku abis call parents aku, tetibe gadis tu tepon aku. Mula-mula putus, pastu kali ke2 dier call aku dapat. Dialog lebih kurang camni:

supergirl: ello paan ko ktne?
aku: kat bawah la.jumpe aku depan dewan.
supergirl: wokey bro.

Lepas tu kitorg pun jumpe la kat bawah. Dialog camni:

supergirl: paan tahniah.
aku:tq huhu...

(dialog panjang sangat, so aku pendekkan citer)


supergirl: alamak aku tertinggal bunga ko la paan

aku:yeke.
supergirl: ko tunggu sini duk dediam, aku pegi amik kat atas sat.
aku: ok (dalam hati rasa terharu)

lepas lebih kurang 20 minit tunggu
kringgg!!!! kringgg!!!! (hp aku bunyi)

supergirl:paan ko ktne
aku: aku kat sini.
supergirl:mane?
aku:depan ko (sambil lambai-lambai tangan)

supergirl: tahniah paan ni bunga ko
aku: wow. tq.
supergirl: klu nak lagi cantik. ko buka penutup ni.hehe bunga ros ni dah kembang.
aku: wow terbaeekkk.
supergirl: aku bagi bunga ros pink. sebab pink kaler feveret aku hahaha...
aku: ok trimas trimas.
(ada banyak lagi la pot pet pot pet aku dengan dier)


bunga ros yang dier kasi

Dipendekkan citer, lepas 2 hari konvo kot, aku baru dapat tau yang dier beli bunga kat aku dengan cara yang amat terharu skali. Masa orang tengah bersajak, dier sanggup berjoging dari aras 3 sampai ke bawah, hanya untuk beli bunga kat aku.Lepas tu dah sampai kat bawah tertinggal plak duit. Naik balik ke aras 3. So gadis ni duk turun naik turun naik la.Dah la pakai high heels

Masa time turun kat bawah nak jumpe ngan aku, bley plak dier terlupa bawa bunga. So, turun naik turun naik la lagi jawabnye. Pape pun satu penghormatan teragung yang aku bley bagi untuk gadis ni. Time kasih sangat-sangat tau, at least kau dah bley kurangkan sikit rasa sepi aku masa konvo. Temankan aku masa konvo, tq sooo much. Walaupun gadis ni sibuk duk main muzik, berlatih main muzik, petang kena pegi joging, pastu sibuk study untuk test. Semoga tuhan sahaja yang bleh balas jasa dier. You are my sweet friends and my sweet sister.



You are my supergirl. Thanks for saving my convocation day sister. Tq Norazuin binti Abu =D


(hmmm teringat plak mase zaman muda mudi aku pegi beli bunga daisy untuk kawan aku sampai basah aku sebab kena hujan. Hehe..)

Thursday, September 30, 2010

Bunga ooo bunga

Konvo baru je lepas. Congratz kat sume member-member yang dah grad. Sape-sape yang dapat medal tu double congratz la. Mesti bile time konvo ade yang akan dapat bunga,teddy bear, ataupun coklat. Kali ni aku nak citer kat korang tentang bunga. Tapi ni lebih spesifik pada bunga ros la.

Sebenarnye warna dan bilangan kuntum bunga ros yang korang dapat tu ade maksudnye yang tersirat. Tapi jangan la percaya ngat sebab ni sume bley diklasifikasikan sebagai andaian je.


Bunga ros merah
Maksud nyer orang tu suke dengan sepenuh hati dan nak hidup bersama.



Bunga ros pink
Ko tu kirenye 1st love org yg kasi, tp ni kire secret utk hidup dier. Kirenye ko adalah impian dier la selama ni.



Bunga ros putih
Ha yang ni cinta suci la. Cinta sejati la kononnye.



Bunga ros kuning
Orang yang kasi tu nak jadi sahabat. Xpun dier ni peminat ataupun kipas susah mati korang la.



Bunga ros biru
Aku x pernah lagi jumpa bunga ros ni. Yang aku pernah nampak dalam citer batman begins je la. So ak bajet kalu dapat bunga biru bley la pegi training ngan Rhas Al-Ghul untuk jadi batman.Hahaha


Hmmm untuk bilangan bunga ros aku sambung len kali la eyh. Adeyh penat menaip huhu.

(time aku konvo aku dapat 3 kuntum bunga ros yang berwarna pink huhu....)