Friday, January 29, 2010

Adventure Week

15hb Januari mmm tu la dier tarikh yang bermulanyer satu peristiwa yang mencabar untuk the blur. mane taknyer disitu bermulanyer peperangan bg the blur untuk membentuk satu program yang bernama I*** 2010 (name kene tutup takut sensitip). Haaa sebenarnyerr aku nak wat skit luahan hati ape yang aku rase sepanjang dua minggu,yang begitu menyiksakan untuk diri aku ni. Walaupun seksa tapi banyak mende yang aku belajar.

Program ni kalu sekali imbas... mmmmm wow PAANtastic. yeah!!! nampak cemerlang giler. Tapi pada hakikatnyer aku sebagai pengarah program dapat rase yang program ni banyak gak la masalah. Tapi masalah simple2 je. Semua tu aku bley cantas (perghhh dh pandai gebang aku skung tq bob sbb ajo aku huhu) Tapi seyes time program ni aku dapat tau yang mane satu kawan yang btul dan yang mane satu yang plastik.Baru la aku paham sebab ape ayah aku kate bile aku bawa kete kat utm aku akan jumpe banyak orang plastik berbanding yang tulen. Baru aku paham sebab ape ayah aku x galakkan aku bawa kete.

Berbalik kepada program tu semule... time program tu seyes perggghhh tension gile baban siot. Aku dah jadi buntu. Mane taknyer nak duk ikut sangat segala permintaan dari company tu yang ntah pape skali ngan ngarut tahap dewa-dewi nyer la. Sebagai contoh banting ngan banner. Bagi ari jumaat pastu nk gantung ari isnin. wak lu (pinjam ayat 5rus) nak proses lulus pon amik 3 hari. Dahla banting ngan baneer x ikut format.Last-last yang kene marah ngan orang HEK aku gak. Tapi kene2 marah pon best gak. Pasal bley kenal ngan ramai orang huhu... Klau nak cite lagi permintaan diorang tu mmm maleh aku nak tulis banyak sangat.

Pastu ni pasal parking kete. Aku dah gitau dah jangan pi dok parking kt depan masjid. Tapi bese arr diorang kan degil tahap bengong. Parking gak kat atas. Ari first selamat, ari kedua kene saman, dan ari ke3 paling best, kete kene gari. hahaha puas hati aku.Pastu disiplin diorang dah la teruk. Merokok selamber badak je kat depan DSI. Ade satu amoi tu pakaian pergghhhhh seksa gile. Ingat wat pc fair kat persada ke. woiii ni universiti la pusat academia.

Allah tidak akan saje-saje uji kite.... Allah uji kite sebab dier maha mengetahui yang kite boleh buat ujian NYA.... i know u can do it... chayok2!!!

Ayat ni la yang telah memberikan kekuatan pada aku. Ade sorang MEMBER aku yang kasi. Time kasih sangat2 pasal ayat ni la yang telah menaikkan balik semangat aku. Thanks sgt. Tapi ade gak member yg wat down kan semangat aku, tapi malas aku nak citer. Klu cite wat penat je. Minggu tu rase cam duk dalam satu game dan kene selesaikan satu task yang ade lekang ngan mase huhu... mane taknyer time minggu tu gak ade test, ade assignment,PSM nyer lagi. ish ish memang best. pape pon memang uji kecekalanku huhu.

Dahla tu aku rase sampai sini je kot. x ley cite banyak2 bahaya takut kene print screen huhu. Kalu nak tau lbey lanjut bley la tanye je aku. Tapi tu pon tengok la kalu aku ade mood nak citer. Pape pun thanks for the crew member yang banyak tolong aku. 

*1hb sampai 5hb kene wat bisness.Biar betul time kelas tu.
**1hb Test OB, 3hb test NDT,4hb test IE
*** Sebelum 5hb kene hantar draft chapter 1,2,3 PSM kat penyelia. Memang stylo minggu depan.Lunyai aku. =) 

Sunday, January 17, 2010

Hukum sertai Facebook


Aku percaya korang semua mesti tau kan ape itu facebook. Jangan nak tipu aku la kalu korang tak tau ape tu facebook. Sekarang ni banyak cerita yang kita dah dengar tentang hukum menggunakan facebook. ade yang kate haram, ade yang kate harus dan macam lagi.

Seperti yang kita tahu, Mark Zucherberg merupakan manusia yang bertanggungjawab dalam mewujudkan Facebook ni. Dier juga telah menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ni keseluruh penganut yahudi. Apakah hukum haram untuk kita menggunakan facebook ni?

Tadi aku ade terbaca satu ruang soal jawab ni dalam surat khabar. Soal jawab ni telah dijawab oleh Ustaz Zaharudin Abd Rahman.  

1. Bolehkan kita menggunakan produk yahudi?
Kesimpulan yang dijawab oleh ustaz tersebut adalah, kita sebagai umat islam dibenarkan untuk menjual,membeli,dan menggunakan produk ciptaan umat bukan islam termasuk yahudi.
" Sesungguhnya Nabi S.A.W membeli makanan daripada seorang yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencaggarkan baju besi baginda"(Riwayat Al-Bukhari) 

2. Apakah hukum menyumbang kepada Yahudi?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan:
“Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? 

Pendapat ustaz menyatakan ada benarnya, selepas beliau menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan beliau yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

Kesimpulan yang dapat dilakukan oleh ustaz ini adalah:

1. Hukum menggunakan facebook adalah harus. Sebab utamanya adalah tiada lagi bahan bukti yang menunjukkan keuntungannya digunakan dalam membantu A.S dan juga yahudi dalam menyerang islam.

2.Bagi mereka yang rase was-was. mereka perlu lah menjauhi dari menggunakan facebook ni. Tetapi mereka digalakkan untuk menasihati rakan-rakan mereka supaya lebih berhati-hati. Tetapi tidak sewenang-wenangnya menyatakan facebook tu haram.

3. Ini adalah nasihat untuk pengguna facebook:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Jutawan oh jutawan

KUALA LUMPUR: Kisah golongan kaya dan VIP cuba memikat artis memang kerap diperkatakan, namun tidak ramai mengetahui taktik mereka ‘mengayat’ (memujuk) artis yang diminati dengan berbekalkan kemewahan masing-masing.


Penyanyi baru, Alyah pula ditawar RM35,000 untuk menyanyi dua lagu tapi ada tugas tambahan iaitu menemani orang tertentu sehingga awal pagi manakala pelakon, Abby Abadi diumpan dengan tawaran ‘minum teh’ di luar negara.

Selain itu, pelakon lelaki yang juga bekas model, Fizo turut menjadi sasaran apabila beberapa wanita seusia ibunya, menawarkan kereta mewah jika dia setuju untuk menemani wanita itu bercuti di luar negara.

kuti pengalaman artis terbabit yang menceritakan lebih lanjut mengenai ‘ayat power’ dan umpan yang ditawarkan VIP untuk menjerat mereka. 


ROZITA CHE WAN, 36:

“Tahun lalu seorang lelaki yang menjadi orang tengah menelefon dan minta saya menemani seseorang untuk makan malam. Katanya, makan malam itu privasi hanya untuk saya dan lelaki itu bagi tempoh dua jam saja.


Sebagai upah, saya boleh minta berapa saja walaupun puluhan ribu ringgit. Selepas saya menolak tawarannya, lelaki itu berkali-kali cuba menghubungi saya dan menghantar SMS dengan memaklumkan tawaran sentiasa terbuka. Katanya, saya boleh berhubung dengannya semula jika berubah fikiran.

Saya berasa sungguh terhina dengan tawaran sebegitu. Saya juga pernah menerima tawaran melancong ke luar negara. Mereka bukan saja menelefon saya secara peribadi tetapi ada yang datang ke rumah dan sanggup menyediakan jet persendirian untuk mengambil saya. 

Saya tidak layan semua itu dan jangan fikir juga semua artis boleh dibeli dan dikaburi dengan wang ringgit.”


NOOR HASLIAH ABU HASAN ATAU ALYAH, 29:

“Saya menerima tawaran membuat persembahan dengan bayaran RM35,000 hanya untuk dua lagu. Bagi saya itu terlalu lumayan, jadi saya bertanya lebih lanjut dan mereka maklumkan ada tugas tambahan untuk saya iaitu menemani orang tertentu berhibur selepas saya selesai menyanyi.

Dalam satu kejadian lain, saya ditawarkan RM15,000 untuk menyampaikan dua lagu di Jakarta. Harga itu saya rasa setimpal. Namun, selepas sampai di sana, selain diberi jadual menyanyi saya turut diberi jadual menemani pihak tertentu hingga jam 5 pagi.

Terkejut dengan perkara itu, saya terus beli tiket dan pulang ke Malaysia tanpa melakukan sebarang persembahan. Saya yakin, ia cuma satu daripada taktik digunakan golongan kaya itu untuk menjerat artis seperti saya.”


WAN HAFIZOL OMAR ATAU FIZO , 25:

“Sejak serius dalam industri hiburan beberapa tahun lalu, dugaan godaan daripada wanita kaya cukup ‘menakutkan’ dan sepanjang tempoh itu, saya menerima kira-kira 20 tawaran hidup mewah sekelip mata.

Jika dijumlahkan, mungkin ia mencecah jutaan ringgit kerana tawaran diajukan, termasuk kenderaan mewah, rumah besar, wang ringgit dan ada lebih hebat lagi, apa saja yang saya mahukan sanggup ditunaikan.

Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing saya.

Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, saya berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.

Bukan mudah untuk mengelak tetapi saya cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi saya. 

Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat. 

Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, saya tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.


ABBY ABADI, 31:

“Taktik yang pernah mereka gunakan untuk menjerat saya ialah tawaran menemani seorang jutawan untuk minum teh di sebuah negara Eropah. Apa maksudnya ‘minum teh di luar negara’ itu? Saya percaya ia bukan minum teh biasa tapi ada tujuan lain yang tidak bermoral.

Oleh itu, saya menolaknya mentah-mentah. Selain itu, saya juga berkali-kali ditawarkan pakej melancong ke mana-mana destinasi luar negara dengan nilai ratusan ribu ringgit untuk bersama jutawan berlainan dengan dijanjikan pelbagai kemewahan ketika bercuti.

Ia juga saya tolak kerana dapat merasakan ia bukan satu tawaran yang jujur sebaliknya ada niat tersembunyi.

Biasanya, individu terbabit menggunakan orang tengah untuk mengatur tawaran itu. Lebih teruk lagi, ada pelakon yang turut terbabit mengatur untuk ‘mendapatkan’ saya.

Ada juga yang mengirim SMS menyatakan hajat untuk rapat serta tawaran tidak masuk akal. Ada yang saya balas untuk menolaknya dan ada juga yang saya biarkan terus kerana sudah muak dengan perkara seperti itu.


PELAKON WANITA YANG MINTA NAMANYA DIRAHSIAKAN (Artis X):

“Cubaan untuk memerangkap saya menjadi pemuas nafsu berlaku beberapa kali pada 2009 dan tawaran paling hebat pernah saya terima ialah upah RM60,000 sejam untuk tugasan membuka botol dan menuangkan minuman keras.

Ada jutawan dari luar negara yang meminta saya menemaninya untuk sesi makan malam. Orang tengah yang menghubungi saya meminta saya memakai pakaian berwarna merah kerana jutawan terbabit mengatakan dia meminati gambar saya di majalah berpakaian warna itu.

Bayarannya pula cukup lumayan dan cukuplah saya katakan tidak perlu bekerja untuk setahun. Saya juga dimaklumkan pengantara lain ada kumpulan jutawan menjadikan saya bahan taruhan.

Maksudnya, jika saya setuju keluar dan melayani mana-mana jutawan terbabit, yang menang akan mendapat habuan mencecah jutaan ringgit. 

Saya pernah bertanyakan pengantara bagaimana mereka mendapat nombor telefon serta maklumat peribadi lain dan jawapannya cukup memeranjatkan.

Ia diberikan seseorang dalam industri hiburan dan hanya kerana menyerahkan nombor telefon saja, individu itu menerima habuan RM100,000.

Bayangkan jumlah wang yang sanggup mereka laburkan untuk mendapatkan kepuasan daripada artis seperti saya. Jika saya tidak fikirkan rezeki halal, pasti saya gelap mata dan hidup dalam dunia serba mewah.

Saya tidak mahu itu semua. Cukuplah dengan rezeki yang ada kerana perkara seperti itu tidak berkekalan. Kini, masih ada yang mencuba tetapi saya tetap menolak.

(info dari harian metro)

Komen aku la tentang isu jutawan nak ngayat artis ni sebenarnya dah banyak berlaku. Bagi aku mesti ade nyer artis yang dah terima tawaran-tawaran dari jutawan ni. Kalu tak macam mana la jutawan-jutawan ni boleh nak cube dan terus cube kan. Cume bagi aku la kan kalu la jutawan-jutawan ni betul-betul suke pegi je la face to face cakap. Ape jadah semua pakai orang tengah. Padahal duit dah terlebih-lebih mesti confident pon dah tinggi. Jadi memang nampak la golongan-golongan camni hanya pandang artis-artis melayu sebagai pemuas nafsu semata-mata.

Tapi ape yang aku dapat analisiskan, kebanyakan artis yang mendapat tawaran-tawaran yang lumayan camni semuanya yang berstatus janda. Mesti bekas-bekas suami diorang dulu jeles kan. Tapi kalu hati dah takde mesti diorang akan rase tepu juga. Yang wat aku lagi terkejut ade jugak artis laki yang diumpan untuk jadi anak-anak ikan mak -mak datin ni. Ishhh diorang ni x sedar ke umo dah tua tu ingat-ingat la kat akhirat skit ooii. Ni tak bley lagi nak layan-layan nafsu.

Papepun aku cume nak nasihat kat diri aku ngan kengkawan, klu dpt offer setinggi mane pun duit. Please la jangan main accept je pikir dlu. Cinta x bole dibeli ngan wang ringgit. Cume datang dalam hati yang bernilai ikhlas sahaja.

*wey paan bile ko nak pegi sambung litar ko kat oscillator.Dah jgn duk main je ari senin ni pg test kat lab.

 


Monday, January 11, 2010

Dilema Fizik



Arini aku rase tetibe je ringan-ringan tangan nak tulis pasal dilema fizik. Aku rase semua orang tau ape tu fizik kan. Kalu x tau pi cari sendiri huhu. Aku sebenarnya rase bengang dengan ade sorang mamat ni la. Dia ni bley kire orang besar juga la dalam universiti aku. Nak kata bodoh ade diploma mekanikal pastu ade ijazah kauselor. Bukan takat tu je sekali dengan master untuk motivasi pon dier ade. ape yang sangat menyedihkan pemikiran dier saling tak tumpah macam budak-budak sekolah.

Sebenarnya cite ni berlaku 2 tahun lepas, tahun 2008. Masa MEMBER kepada MEMBER-MEMBER aku wat satu program untuk melatih bakal fasilitator. Masa tu pulak aku ditugaskan untuk menjadi jurugambar bagi program diorang. Mula-mula program tu start ok la takde pape kontroversi pon, sehinggalah berlaku:

mamat: kamu semua ni majoriti dari fakulti mana?

peserta: fakulti sains

mamat: oooo. Saya nasihatkan untuk yang perempuan takpela mungkin boleh cari lelaki yang ade banyak duit, tapi untuk yang laki lebih baik kamu kawin je dengan janda kaya.Pastu kamu semua bole jadi kaya.

peserta:........(monolog dalaman rase nak pelempang je orang tua ni)

mamat: alah fakulti kamu lebih baik tutup je x yah pon bukak.wat nyusah je.

camtula ayat dier.Lebih kurangla.Sakit ati siot cara dier cakap camtu.Sape x rase geram beb. Tapi aku cool je sebab aku tau ape yang aku pilih dan ape yang aku nak. 

Ade lagi satu kes.Ni kawan aku citer.Kawan aku ni budak engineer. Mase time diorang tengah time kuliah tetibe je pensyarah diorang pong pang pasal fakulti sains. Dier cakap "saya kesian tengok student fakulti sains, sebab belajar teruk-teruk tapi nanti susah nak dapat kerja". mmm tu manusia yang dah ade phd ngan pangkat professor sekali yang cakap camtu.Melayu oh melayu.

Tapi bagi aku tu pendapat diorang masing-masing. Aku pon pernah juga tanya pensyarah aku sendiri sama ada fakulti sains secara amnya fizik senang dapat kerja ataupun tidak. Pensyarah aku jawab of course la senang. Fizik basic untuk engineer. We start the machine, engineer run the machine. Saintis boleh jadi engineer tapi engineer x boleh jadi saintis.Itu apa yang pensyarah aku cakap. Pastu dier citer lagi tengok la graduate kite semua ade je dapat keje, ok je. Mmmm aku sendiri pon tengok sebagai contoh abang Anip dulu dier dak fizik gak kat utm, sekarang perghh hidup memang bergaya dan berduit. Kerja jadi engineer tu. Gaji memang tinggi la.

Lepas tu aku ade la pegi tengok-tengok kat dalam career path. Aku pun pegi la kat booth shell.Pastu aku tanye la HR diorang ade ke peluang untuk budak fizik kerja. Pastu dier senyum dier pon tunjuk kat aku list peluang untuk budak fizik nyer kerjaya. Aku pon terkkejut la x sangka lagi banyak dari ape yang aku jangka. Antara kerjaya yang ditawarkan untuk ahli fizik geophysicist,petrophysicist,reservoir engineer,well engineer,production engineer,project engineer,Product researcher,Asset maintenance engineer, dan process engineerYang warna coklat tu memang boleh untuk graduan fizik, tapi yang warna hijau ni tengok pada elektif yang kita amik.Contoh kalu ade amik subjek process control bley la pegi kat process engineer. Sebenarnya banyak lagi peluang kerjaya untuk dak2 fizik tapi kat malaysia je la kot mungkin rakyat kita masih pemikiran agak sempit. Ishhh kalu tak camne fakulti sains boleh jadi antara fakulti paling lama kat dalam UTM ni. Kalu tak mesti dah lame off nyer. Ok la papehal thanks kat korang sape yang bace kat blog aku ni.Doakan kejayaan aku.


*en syamsul bile la nak bagi black and white pasal praktikal aku dekat samsung ni huhu.


Saturday, January 9, 2010

Pilot

Dengan nama tuhan lagi maha pemurah dan maha penyayang akhirnya aku telah berjaya membentuk satu blog aku dihadapan laptop vaio ku ini. Aku sebenarnya mula jatuh cinta dengan blog ni bila tengok MEMBER-MEMBER kepada MEMBER-MEMBER aku mempunyai blog. Memang best kalu ade blog ni nak lepas geram,happy,sedih,ceria ataupun pape je la bley je hentam kat blog. Sebenarnya hasrat aku nak wujudkan empayar aku dalam blog ni dah lama, tapi sekarang je baru aku berkesempatan untuk membuat blog aku.

Kenapa the blur tajuk untuk blog aku. blur memberikan maksud samar ataupun kabur. yup!!! sebab banyak mende yang masih kabur dan samar yang berlaku dalam hidup aku. x kesahla pada masa lepas ataupun sekarang. Mungkin juga pada masa depan. Kadang-kadang mesti orang tertanye kenapa perlu ada red-blue. Huh! red=merah memberikan maksud aggresif dan berani. blue=biru memberikan maksud cool dan lembut. Jadi aku rase gabungan colour ni mungkin dapat memberikan satu impak yang terbaik untuk aku.

sekian......