Monday, October 4, 2010

Teori Relativiti Masa



Fuhhh bila aku duk sibuk selak-selak balik buku aku zaman universiti dulu, rasenye cam banyak mende yang dah aku lupa. Mane taknye dah berkurun kot otak aku ni dah x pakai untuk mikir mende-mende fizik ni. Bukti-bukti segala mak nenek teori pun aku dah banyak lupe adeyh.

Arini aku terdetik nak kongsi skit ngan korang tentang teori relativiti masa yang aku belajar dalam subjek fizik moden. Teori relativiti ni sebenarnye telah dibuktikan oleh Albert Einstein. Korang mesti kenalkan sape Albert Einstein tu kan, ala saintis yang rambut smart sgt2 tu.Dalam teori ni Einstein telah membuktikkan bahawa masa adalah bebas daripada jisim dan isipadu. Kira nye bak kata Einstein

"Bila lelaki duduk dengan satu gadis yang cantik selama satu jam bagai satu minit, tetapi bila duduk kat atas dapur yang panas selama satu minit bagai satu jam. Itu adalah relaviti."

Relativiti ni adalah hubungan antara ruang dan juga masa. Kalu diikutkan dalam sejarah xde sorang pun manusia yang dapat membuktikkan teori relativiti ni secara nyata. Tetapi dalam Al-Quran telah membuktikkan beberapa maklumat tentang teori relativiti masa.

"Dan sesungguhnya satu hari disisi tuhan engkau adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu" (Surah Al-Hajj ayat 47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepadanya pada sehari yang panjangnya seribu tahun disisi kamu." (Surah As-Sajdah ayat 5)

Dalam sesetengah ayat ni manusia akan rasa keadaan sesuatu masa tu pada keadaan yang berbeza. Contohnya kadang-kadang rasa masa cam lambat sangat, kadang-kadang rasa cam laju sangat. Begitu juga pada keadaan di hari pengadilan kelak.


(haha time belajar dulu xpenah plak aku perasan nak relate dengan mende-mende yang berlaku dengan keadaan sekitar)

No comments:

Post a Comment